Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit kepala berdenyutt kuat

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 25, 2020 7:53 AM

Sulit 33 hari

Saya wanita berumur 19 tahun bekerja dia mall. Sejak minggu lepas secara tiba tiba kepala saya terasa sakit berdenyut dan agak sedikit pening . ia terasa berdenyut yang mencucuk di bahagian kepala, sebelah kiri dan kanan tapi lebih sakit dibahagian kanan . Akan terasa sakit apabila bangun dari baring atau bangun dan duduk . Apakah masalah yang saya hadapi ?. ia menganggu rutin harian saya . Saya telah mengambil ubat sakit kepala tetapi tiada hasil . Saya belum berjumpa doktor kerana masa kerja saya sangat padat . Apakah yang patut saya lakukan untuk mengurangkan rasa sakit ini ? dan apakah punca sakit kepala yg teruk ini ?

Dr Sri Viknarajan 33 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kepala yang sakit mencucuk berada di bahagian kiri dan kanan kepala dan anda runsing kerana ubat yang anda ambil tidak berhasil. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepalatergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.

  • migrain
  • sakit kepala berkelompok
  • sakit kepala tension

Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti

  • glaukoma
  • sinusitis
  • jangkitan sistem pendengaran atau otitis media
  • darah tinggi
  • rabun mata
  • trauma
  • kanser otak

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Anda berkemungkinan mengalami migrain.

Migrain adalah sejenis sakit kepala yang biasanya terjadi pada satu belah kepala sahaja.Sebab utama migrain terjadi masih tidak diketahui lagi, namun ia dikaitkan dengan beberapa pencetus yang menyebabkan sakit kepala ini. Antaranya adalah stres, keletihan, makanan atau minuman tertentu, atau sebelum datang haid.

Migrain terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
-Migrain dengan ‘aura’ - apabila tanda amaran tertentu terjadi sebelum migrain bermula, seperti cahaya bersinar-sinar
-Migrain tanpa ‘aura’ - migrain yang paling biasa dialami di mana migrain terjadi tanpa sebarang tanda amaran tertentu
-Migrain ‘aura’ tanpa sakit kepala - juga dikenali sebagai ‘migrain senyap’ di mana ‘aura’ atau simptom lain migrain terjadi tetapi sakit kepala tidak terjadi.

Berdasarkan apa yang anda beritahu pada kami, hal ini mungkin berpunca dari migraine. Simptom utama migrain adalah sakit kepala yang teruk dan biasanya pada satu belah kepala sahaja. Kesakitan tersebut biasanya mempunyai sensasi berdenyutan yang menjadi semakin teruk apabila anda bergerak dan kesakitan ini boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Simptom lain termasuk loya, muntah dan peningkatan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Sesetengah orang juga mengalami ‘aura’ yang merupakan tanda amaran migrain bakal dialami.

Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Dikemaskini pada: Fri Sep 25 2020 07:53:51 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit kepala Dan sukar bernafas Hye,Saya wanita berumur 18 tahun pada 5 Hari yang lalu Saya cepat berpeluh untuk 2 Hari berturut- turut Dan Hari yang seterusnya, Saya mengalami sukar kesukaran untuk bernafas dah sakit di bahag… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Punca Berdarah Hidung dan Sakit Kepala Saya Seorang Wanita beumur 33 tahun . soalan saya , saya berdarah hidung dan selepas menyiram kepala dengan air darah berhenti. selepas saya berdarah hidung saya terus sakit kepala di bahagian d… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Lemah badan dan sering sakit kepala Lemah badan dan sering sakit kepala biasa nya di awal pagi dan kadang² sesak nafas Baca lagi...
11 hari
Sulit
Demam tapi suhu bawah 37°c -Selalu pening kepala Selalu Rasa nk pitam bila buat kerja lemah badan Baca lagi...
13 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!