Sulit
2 tahun
Sakit kepala dan jantung bergerak laju
Sya berumur 22 tahun dan pada tahun lps telah dijangkiti covid 19… tapi beberapa minggu ni sya kerap sakit kepala dan simptom2 covid muncul kembali. Pada 6/7/2021 sya telah dikejarkan ke hosp bahagian kecemasan disebabkan demam panas, sakit dada, sakit kepala dan beberapa simptom lain. Sya perlu ambil darah dan swab test utk check covid 19 dan masuk air dalam badan, alhamdulillah result -ve covid. Tapi setelah beberapa hari sya masih mempunyai masalah sakit kepala yg sama seperti sebelum ini dan sakit dada yg menyukarkan utk bernafas (jantung bergerak laju), adakah ini normal ataupun ada sebab lain?
2 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, sekiranya dalam tempoh kuarantin (sekurang-kurangnya 10 hari), anda memiliki gejala, anda disarankan untuk melakukan ujian saringan sekali lagi bagi mengenalpasti status anda. Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]