Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan Vaksin COVID-19
Hai doktor, saya lelaki, 25 tahun. Saya sering mengalami sakit kepala ketika berada dalam kepenatan. Soalan saya, adakah masalah yang sering dihadapi oleh saya ini membolehkan saya menerima suntikan vaksin COVID-19 . Mohon pencerahan. Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah sakit kepala. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini