
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dibelakang kepala
Saya mengalami sakit kepala sejak 4 hari yang lepas , bila saya tekan di belakang kepala saya, seperti ada benjolan. benjolan itu menyebabkan kepala saya sakit dan berdenyut-denyut. saya langsung tidak dapat ingat di mana saya mendapat benjolan itu adakah kerana semasa saya tidur ,saya tidak membuka getah rambut,dan kepala saya menekan getah rambut itu semasa saya tidur,…Saya sudah ke klinik, dan doktor cakap ada kuman di tempat itu dan doktor bagi saya 3 kali injection. Soalan saya, adakah sakit kepala ini boleh menyebabkan ada darah beku atau kanser doktor? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala tidak menyebabkan darah beku atau kanser. Sebaliknya, sekiranya anda mempunyai pendarahan dalam otak atau ketumbuhan, anda boleh mendapat sakit kepala. Ini tergolong dalam sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis primer yang lebih lazim berlaku ialah:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.