Sulit
6 tahun
Sakit kepala, jantung berdebar dan rasa tidak selesa didada
saya seorang lelaki berumur 21 tahun, saya merupakan seorang perokok yang dalam proses berhenti merokok. Saya kerap merasa sakit kepala dibahagian sebelah kiri. Tempat sakit kepala tu kerap berubah-ubah. Maksud saya sekejap puncanya dibahagian belakang dan ada masanya dibahagian depan. Saya juga kerap rasa berdebar secara tiba-tiba walaupun saya cuma duduk tak buat apa-apa. Kadang-kadang juga saya rasa kesukaran untuk bernafas dan rasa tidak selesa didada. Ketidakselesaan itu mendorong saya untuk bersendawa dengan sangat kerap sehingga muntah. Selain itu, saya kerap memikirkan hal-hal berkaitan kematian. Hampir setiap masa saya memikirkan hal ini dan menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk tidur. Saya harap doktor dapat beri saya beberapa tips untuk saya mengatasi masalah ini walaupun kesannya kecil. Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Sakit kepala migrain
- Jangkitan dalam kepala
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Penyakit keresahan (anxiety disorder)
- Kekurangan gula
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































