Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit Kepala/Migraine Kronik

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 2, 2020 3:02 AM

Sulit 34 hari

Saya wanita berusia 27 tahun. Saya mengalami pening kepala di bahagian kanan sejak usia 10 tahun. Namun, simtom migraine saya semakin memburuk semenjak tahun 2013. Saya dapati sakit kepala saya bermula daripada bahagian tengkuk kanan dan menyebabkan bahu serta lengan kanan saya sentiasa sakit. Saya juga mendapati bahawa lymph node di leher kanan saya membesar semasa prodome. Migraine juga menyebabkan mata kanan saya terasa sakit di bahagian belakang mata. Saya juga mengalami kesukaran untuk tidur walaupun rasa amat penat. Saya pernah bertemu dengan doktor dan diarahkan membuat ujian TB tetapi keputusannya negatif. Kemudian dengan Neurology dan diberikan ubat Celebrex. Pada mulanya ubat tersebut berkesan tetapi kini ia tidak lagi membantu meringankan sakit kepala saya. Rawatan chiro juga tidak memberikan kesan positif kepada masalah saya.

Pada beberapa bulan yang lalu saya mulai terasa kebas pada bahagian kanan di atas anggota badan. Kemudian tremor pada tangan kanan, khususnya pada bahagian jari. Mata kanan saya tiba-tiba secara on-off menjadi kabur dan kadang-kadang double vision semasa serangan Migraine. Rasa kebas di bahagian atas dan belakang sebelah kanan kepala juga sering terasa dan sangat kurang menyenangkan.

Dr Sri Viknarajan 34 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Terdapat 3 jenis migrain.

  • migrain tanpa aura (Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom)
  • migrain dengan aura (migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain)
  • aura migrain tanpa sakit kepala (Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala)

Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.

Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Namun, rawatan selain daripada panadol memerlukan prekripsi doktor serta soalan lebih lanjut untuk mengetahui samada anda sesuai dengan ubat tersebut atau sebaliknya.

Untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 02 2020 03:02:02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Sakit Kepala dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Sakit kepala hingga ke bahagian dada saya wanita berumur 26 tahun, akhir-akhir ini saya mengalami sakit kepala sehingga ke bahagian dada seperti ditekan dan terasa berat, serta rasa sukar bernafas. Adakah masalah ini serius atau no… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Suhu 37.7 sejak pagi hai. saya lelaki berumur 22 tahun, saya ingin bertanya soalan kepada doktor tentang keadaan saya sekarang. pada semalam pagi kepala saya terasa pening yang tak berapa teruk, tapi pening tu buatk… Baca lagi...
31 hari
Sulit
Sakit Kepala aku at terhidu bau Adakah normal gila mngalami sakit kepala secara tiba tiba apa bila terhidu sesuatu bau yg kuat seperti ubat nyamuk yg lingkar, bau asap rokok, bau asap pembakar an sampah dan juga bau minyak wan… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Sakit kepala yang tak tahu punca Saya lelaki 25 tahun, ada menghidap penyakit jantung bengkak, tapi 2-3 bulan ni, saya kerap rasa sakit kepala kadangkala sebahagian antara kiri atau kanan, adakalanya satu kepala dan terasa peni… Baca lagi...
38 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi