sitisalia107
6 tahun
Sakit kepala pada bahagian kiri sehingga ke leher
Saya wanita berusia bawah 15 tahun dan saya sering mengalami sakit kepala pada bahagian kiri sehingga bawah leher. Sakit kepala ini lain drpd yg kebiasaannya kerana sakit ini dtg pada waktu pagi selepas bangun tidur dan pada waktu malam sebelum tidur. Dan saya juga selalu terjaga pada waktu malam. Hal ini menyebabkan saya tak boleh tidur seperti biasa kerana sakit kepala yg berterusan. Saya telah mengalami sakit kepala ini sejak 3 minggu yg lalu. Boleh terangkan apa yg menyebabkan hal ini berlaku dan bagaimana cara utk merawatnya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media…
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih

































