Sulit
3 tahun
Sakit kepala pada waktu pagi kerana mencuci rambut memakai shampoo yang baru. Petang pula loya mula menjelma
Pagi tadi, saya mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Dalam beberapa jam kemudian, kepala mula terasa sakit namun saya abaikan kerana sakit itu tidak menganggu saya, tetapi apabila petang, bukan hanya kepala yang sakit namun tekak sudah mula loya. Adakah ini disebabkan oleh shampoo yang dipakai atau ada masalah lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Kebiasaannya juga sebab sakit kepala sukar untuk diketahui. Namun masalah ini adalah biasa berlaku dan jarang merujuk kepada masalah yang serius melainkan sekiranya ia diiringi dengan masalah seperti:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Akan tetapi, saya berpendapat ianya bukan disebabkan syampu yang anda gunakan kerana ianya hanya digunakan di luar. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.