
Sulit
4 tahun
Sakit kepala secara berterusan
Hello. Saya wanita berumur 25tahun, sering mengalami sakit kepala secara kerap dan berlarutan. Kadang-kadang kesakitan itu boleh mencapai 1 minggu. Sewaktu berumur 15tahun, saya mula mengalami masalah sakit kepala sehingga mengganggu pengelihatan saya kemudian mual dan muntah-muntah. Pada mulanya saya cuma nampak seperti ada tompokan kecil kemudian tompokan itu menjadi besar dan menghalang separuh pengelihatan saya. Saya cuba untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup, tetapi ia semakin kerap berlaku. Bukan itu sahaja, saya juga kerap berasa sakit di bahagian belakang kepala dan kadang-kadang berasa lenguh di bahagian bahu sehingga pergelangan tangan sebelah kanan dan saya juga amat sensitif terhadap bau dan cahaya. Apa yang patut saya buat ya dan perlukah saya pergi berjumpa doktor? Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media .
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh.
Berdasarkan keterangan anda mengenai gejala terasa hendak muntah ketika berdiri, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.