Sulit

3 tahun

Sakit kepala selepas penerbangan

saya lelaki berumur 24 thun, mengalami sakit kepala berterusan sudah hampir 2 minggu saya mengalami sakit kepala…mohon bantuab doc untuk keterangan

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan yang diperihalkan di atas, sakit kepala yang anda alami setelah 2 minggu berturutan boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:

  • Tekanan stress
  • Mengalami jangkitan selesma atau virus seperti influenza. Perkara ini boleh berlaku sekiranya anda terdedah dengan persekitaran baru seperti melancong ke luar negara.
  • Gejala jet lag yang boleh dihadapi selepas penerbangan, namun perkara ini hanya berlaku pada masa yang singkat.
  • Tekanan darah yang tinggi.
  • Kurang bersenam
  • Posisi ketika tidur yang salah
  • Tabiat makan yang lewat.
  • Dehidrasi
  • Kurang tidur atau rehat
  • Penggunaan sesetengah ubat.
  • Jangkitan kuman pada otak atau keradangan yang berlaku pada saluran darah kepala.

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Kejadian sakit kepala boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit atau kondisi mengenai masalah anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini sekiranya ia berlarutan. Sementara itu, anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan sakit kepala anda dengan melakukan:

  • Kurangkan stress dan tekanan emosi
  • Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Sila makan pada waktu yang betul
  • Banyakkan minum air
  • Kurangkan merokok dan meminum alkohol
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman
  • Elakkan makan makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Banyakkan makan makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Cukupkan waktu tidur dan rehat
  • Betulkan posisi tidur seperti menggunakan bantal atau meninggikan bantal anda ketika tidur untuk mengurangkan tekanan darah yang mengalir ke otak dan kepala.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

bf58db0e-a495-4738-bbe6-cdb6cfb167a6

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)