Sulit
3 tahun
Sakit kepala sevelah liri atas
Doc, kenapa kepala belah kiri atas tetiba rasa seperti dicucuk? Ianya berlaku hanya pada satu tempat saja. Namun, tiada rasa pening. Hanya sakit di kepala. Kadang kala, tiada rasa cucuk di kepala, tetapi pening yg telampau di bahagian dahi. Dan apabila ianya terjadi, badan seolah terasa berat. Kedua-dua kejadian tidak kerap berlaku tetapi apabila ianya berlaku, saya perasan ianya akan terjadi ketika saya berbaring. Adakah ianya berkaitan urat saraf? Atau adalah saya punya masalah yang lebih berat seperti ketumbuhan dan sbg?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.