
Sulit
5 tahun
Sakit kepala sudah 2 bulan
Selamat petang… Saya mengalami sakit kepala yg teruk dari awal bulan March. saya sudah berjumpa dengan doktor. Doktor inform sya ada migrain. Dari ubat migrain dos 15mg tiada kesan… Sehingga la doktor bagi sya ubat Celebrex 200mg. Kadang2 walaupn sya sudah makan ubat ini, kepala saya masih lagi sakit… Selalu bagun tidur pagi2, kepala masih sakit… Kepala saya sangat sakit, dari pagi smpi ke petang / malam. Rambut saya gugur sangat banyak… Doktor juga ada inform yg saya ada anxiety. Saya takut jika sakit kepala saya ini mungkin bukan migrain, tetapi kecederaan dalaman atau pun lain-lain… Apa yg saya perlu lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dicari tahu penyebab pasti masalah ini agar dapat ditatalaksana dengan tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.