rabiatul
3 tahun
Sakit kepala . www.doctoroncall.com.my
Saya rabiatul adawiyyah berusia 15 tahun . Sayaa kerap mengalami sakit kepalaa yanggg terukkk sehinggakan sayaa tak boleh kawal dan saya menghentakkan kepala sendiri di dinding . selain sakit kepalaa saya juga sering rasa loya nak muntah , mata jadi kabur , kadang kala sakit perut dan sesak nafas . Sebelum ni saya dah pergi jumpa doktor di hospital . dia hanya bagi ubat tahan sakit dan panadol tapi ubat tu langsung tak berkesan apa apa . Apaa langkah seterusnya ? apa yang patut saya buat ? apakahh penyakit tanda tanda tersebut ? Harap doktor boleh bagi jawapan dngan secepat mungkin .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Dehidrasi (kurang minum air) yang menyebabkan tekanan darah rendah
- Kurang gula - juga boleh menyebabkan pengsan
- Masalah hormon seperti tiroid
- Masalah ritma jantung - boleh menyebabkan pengsan akibat tekanan darah rendah
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























