Sulit

3 tahun

Sakit kepala yabg teruk

Saya sering mengalami sakit kepala dengan kerap. Terutamanya ketika berada di bawah panas. Kadang-kadang sampai rasa mual dan muntah. Saya selalu rasa berdenyut di bahagian kepala. Kadang-kadang bahagian kiri, dan kadang-kadang bahagian kanan. Setiap kali sakit kepala, saya hanya akan tidur. Tak ambil panadol. Adakah ini salah satu gejala migrain?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit kepala bahagian belakang sebelah kanan yang kerap kali berlaku dan berlarutan sehingga kini. Untuk makluman anda, perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:

  • Keletihan atau stress yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada kawasan otak.
  • Tersalah posisi tidur sehingga menyebabkan otot leher yang lenguh atau tegang.
  • Tekanan darah tinggi atau masalah aliran darah
  • Kurang tidur
  • Masalah kerabunan mata. (Sila pastikan jika mata anda rabun ataupun tidak)
  • Selalu terlambat makan
  • Penyakit keradangan pada kawasan otak
  • Jangkitan kuman seperti Meningitis
  • Ketumbuhan atau sista pada otak
  • Kecederaan pada kepala
  • Penyakit tulang servikal (tengkuk kepala)
  • Gout atau diabetes

Migrain adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan masyarakat. Ia adalah penyakit yang kompleks yang disifatkan dengan sakit kepala pada sebelah bahagian sahaja. Ia seringkali juga mempunyai symptom lain yang melibatkan pemandangan, pendegaran dan deria rasa kita.

Terdapat empat fasa migrain:

  1. Prodrome: Mudah marah, mengantuk, masalah konsentrasi, penat, kekejangan otot, mual, sukar untuk tidur, sering membuang air kecil
  2. Aura: Masalah penglihatan(cahaya yang berkedip, bintik-bintik, garis melengkung yang melintas), kehilangan penglihatan sementara, rasa semut-semut di badan
  3. Serangan migrain:Sakit kepala yang teruk, loya, muntah, pening, insomnia, sensitif kepada cahaya, bau dan bunyi
  4. Postdrome: Kesukaran untuk konsetrasi, letih, kekurangan pemahaman

Sekiranya anda mengalami symptom-simptom di atas, anda mungkin mengalami penyakit migraine.

Tingkatkan kualiti hidup anda tanpa sakit kepala dengan pemakanan

Migrain mungkin berlaku kerana ada factor pencetusnya. Antara pencetus migraine ialah cara pemakanan yang kurang sihat, persekitaran yang berasap rokok, cahaya terang atau berkelipan, psikologi yang murung, cemas, marah, ubat-ubatan dan lain-lain. Anda patut berjumpa dengan doctor anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti punca masalah anda dengan menjalani ujian dan siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Anda masih risau tentang sakit kepala? Dapatkan pandangan bernas dari doktor pakar!

Patient_Doctor_Signing_1296x728-header-1296x728

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)