
Sulit
4 tahun
Sakit kepala yang teruk,saya tidak dapat berdiri dalam keadasn yang lama,selera makan berkurangan
Selamat petang dr.,saya ada pertanyaan, kenapa saya sering sakit kepala yang sangat,apabila bngun dari tempat duduk atau dari pembaringan saya akan pening sehingga terasa keadaan sangat gelap(saya memerlukan masa untuk kembali normal),badan saya berasa sangat lemah,stress,dan kurang selera makan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Seperti anda sedia maklum, sakit kepala merupakan simptom yang amat am dan pelbagai perkara boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Tekanan darah rendah
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Gejala sakit kepala dan pening in merupakan masalah yang amat subjektif dan boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit yang tersembunyi. Walaubagaimanapun, jangan khuatir, kemungkinan masalah yang anda alami ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti kurang rehat dan sebagainya. Ia juga boleh menandakan penyakit yang bahaya sekiranya anda mengalami simptom lain seperti:
- Ketidaksedaran atau koma
- Muntah darah atau muntah biasa
- Masalah penglihatan atau pendengaran
- Hilang ingatan dan juga kekeliruan
- Sukar untuk memberi tumpuan
- Hallusinasi
- Demam dan sakit perut
- Kekebasan pada jari dan tangan, atau kelumpuhan.
- Kekebasan pada muka.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom tersebut, bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih serius dan mengganggu kesihatan awam anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.