Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit ketika mmbuang air kecil

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 8:40 AM

Sulit 44 hari

saya wanita berumur 20 tahun…saya sakit ketika bersama suami dan sakit ketika hendak membuang air kecil…baru hari ini rasa sakit itu…saya takut saya ada masalah lain😔

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 44 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Pihak kami amat bersimpati di atas apa yang berlaku dan kami juga memahami keadaan anda.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan sakit apabila melakukan hubungan kelamin dan ketika membuang air kecil. Salah satu punca yang kerap mengundang masalah ini adalah jangkitan pada saluran kencing atau urinary tract infection(UTI). Kebiasaanya, penyakit ini terjadi kepada wanita berusia 20 hingga 50 tahun. Kaum wanita juga lebih berisiko untuk mendapat jangkitan ini berbanding lelaki kerana memiliki uretra yang lebih pendek dan kedudukannya lebih dekat dengan kemaluan dan dubur. Jangkitan ini menyebabkan organ pundi kencing membengkak dan menimbulkan rasa tidak selesa atau sakit ketika membuang air kecil.

Antara simptom lain bagi UTI ini adalah:

  • Kecing tidak lawas
  • Air kencing kotor atau keruh
  • Lesu dan keletihan
  • Sakit di bahagian bawah abdomen

Namun begitu, penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin atau STD juga boleh menyebabkan sakit ketika membuang air kecil dan ketika bersetubuh. Manakala antara sebab lain yang boleh menyebakan sakit ketika membuang air kecil dan melakukan hubungan intim adalah:

  • Cyst pada ovari
  • Jangkitan bakteria pada vagina
  • Batu karang
  • Barah pundi kencing
  • Jangkitan bakteria pada prostat

Sehubungan dengan itu, bagi mendapatkan jawapan yang tepat, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan segera kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, ia akan memudaratkan kesihatan.

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.

Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 08:40:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang masalah kencing secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Zakar keluarkan air kuning , kencing saket dan terasa bengkak doktor tlong bagi cara untok kesembuhan penyakit ini Baca lagi...
29 hari
Sulit
Urinary track infection Saya mengalami masalah urinary track infection & pernah mengambil antibiotik cephalexin selama 2 mggu utk menghilangkan simtom. Kini selepas 2 thun lebih saya mengalami masalah uti yg agak seriu… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Kencing Sakit sangat Bila kencing sakit and asyik rasa nak terkencing. Ubat apa yg okay and yang ada jual online sini Baca lagi...
26 hari
Sulit
Masalah kencing terlalu kerap dan kencing panas Saya remaja berumur 19 tahun , sebulan yang lalu saya bersama pasangan saya Melakukan persetubuhan . Dan selepas dri itu saya mengalami sakit di payudara dan di miss v . Tidak lama lepas itu se… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Kencing tak lawas dan kerap kencing diburukkan jika duduk dalam kenderaan yang berhawa dingin saya berumur 25 tahun…mengapa pundi kencing saya terasa selalu hendak kencing…sudah kencing lima belas minit kemudian terasa hendak kencing kembali…dan air kencing yang keluar hanya sedikit teta… Baca lagi...
14 hari