deepwall21
4 tahun
Sakit lutut dan lutut berbunyi
saya lia umur 26thun dan bujang.
saya mengalami sakit lutut kedua-dua lutut kiri dan kanan akibat jatuh dari motor kemalangan tahun 2015…
saya jatuh terhempas atas divider depan traffic light,dan sampai sekarang lutut saya terutama belah kanan masing nmpk bengkak dan kebas di kepala lutut…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesan bunyi ketika anda berjalan boleh disebabkan:
- Fisiologi apabila sendi bergerak
- Pergeseran antara meniskus lutut akibat kurang cecair dalam sendi
- Kerapuhan tulang
- Bunyi ligamen atau tendon sentap
Memandangkan anda mempunyai riwayat kemalangan jalan raya pada kaki yang juga sakit, jelas disini bahawa kemungkinan besar ini adalah efek daripada kemalangan tersebut. Justeru, anda disarankan untuk merujuk doktor agar dapat dipastikan apakah ada bahagian yang patah atau dislokasi. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.