Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit Masa Senggugut

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Februari 20, 2020 3:02 PM

miss_j92 4 bulan

Saya berumur 28tahun,masa saya datang bulan, dada saya terasa sempit, tidak selesa bila bernafas,perut juga terasa keras dan kembung. Senggugut dari zaman sekolah lagi. Saya sudah berkahwin dan mempunyai anak 1. Kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 4 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
  • Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
  • Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
  • Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Feb 20 2020 15:02:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Senggugut 2 kali dlm tempoh period Salam sejahtera doktor… Saya wanita berumur 27 tahun… Kini saya mengalami masalah yg tak pernah berlaku pada saya sblm nie… Iaitu senggugut 2 kali dalam tempoh period saya… Senggugut saya yg pe… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Sekejap sengugut sekejap x sengugut sbelum dtg haid Sy bsama dgn suami awl bln feb…tp sejak 23/2 smpai la hari ni terasa sakit sgt2 kena sngugut sekejap ada sekejap x ada smpai skit pinggang dan lemah rasanya tp belum haid lg…klau ikutkn kiraan h… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Penyakit senggugut boleh mendatangkan sakit Yang melampau umtuk seorang wanita..adalah ini boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan seorang wanita? Assalamualaikum dan selamat sejahtera…sayaa pelajar tingkatan 6 smk ledang johor,saya tengah buat kajian penyakit senggugut…saya nak Tanya kesan penyakit senggugut dan juga kesan penyakit ini ke… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Masalah period dan sakit dalam perut Period x tentu n pernah x datang period 1 bln dan kadang2 datang habis 8 hari then dtg balik selang 3 hari dan saya rasa sakit dlm perut. X tau ler apa yang x kena Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi