
Sulit
4 tahun
Sakit mata sepeeti dicucuk sesuatu
Hi… ay nak bertanya… sy seorang wanita berusia 49 thn, berat badan 86 kg dgn ketinggian 157 cm. Mengambil ubat darah tinggi amlodipiine 10 mg sejak 2016… sy juga amhil supplement vit d dan calcium utk osteoatritis sy… last check up jun 2020…bacaan kolesterol 5.6. Masalah sy tidak begitu kritikal…sesekali biji mata kiri sy tiba2 sakit bagai dicucuk jarum…dlm masa 1-2 saat shj… sy akan terhenti dr segala aktv dan menutup mata serta menahan. Sukar nak ckp kekerapannya… dlm seminggu maybe ada lah 2-3 kali… bila kena serangan ini… sy tutup mata dan memgosok2 mata…perlukah sy berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan kerana jangka masanya sangat pendek seperti yang anda nyatakan iaitu 2-3 saat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.