Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit pada bahagian abdomen di epigastric,right flank & umbilical area

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 22, 2022 6:26 AM

Sulit 39 hari

Salam doktor, saya remaja perempuan berumur 18 tahun. Pada hari Rabu yang lalu sy mengalami sakit pada bahagian abdomen di epigastric,umbilical dan right flank area. Sakitnya seperti ditusuk benda yang tajam. Namun begitu sakit tersebut hanya akan datang dalam beberapa saat dan kemudian menghilang dengan sendirinya dan kemudian datang semula selepas beberapa minit atau jam. Sakit ini turut datang pada waktu saya tidur dan membuatkan sya terjaga setiap kali sakit ini datang. Pasa hari Khamis stiap kali sya makan sakit tersebut akan datang pada area epigastric dan pada hari Sabtu sakit ini diikuti dengan diarrhea. Soalan saya apakah sakit yang sya alami ini berbahaya? Dan perlukah saya berjumpa dengan doktor segera?

Dr Sashini Seeni 39 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Untuk pengetahuan anda, kesakitan perut pada bahagian epigastric, umbilical dan right flank area mungkin berkaitan atau disebabkan oleh penyakit yang berlainan.

Beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:

  • Sembelit
  • Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
  • GERD
  • Radang pankreas atau pancreatitis.
  • Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan

Kesakitan bahagian bawah kanan perut mungkin berkaitan dengan masalah buah pinggang, saluran pundi kencing dan organ reproduksi wanita seperti ovari dan rahim.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Dikemaskini pada: Sun May 22 2022 06:26:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang sakit perut secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80