
Sulit
4 tahun
Sakit pada batang zakar
Pedih bercampur sakit di bahagian zakar…tak thu samada kesan urutan batin atau jangkitan kuman

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, keluhan anda terlalu ringkas dan sukar untuk membuat kesimpulan. Namun, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pada zakar seperti:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumba
- Alahan pada sabun
- Jangkitan penyakit kelamin sekiranya pernah bersetubuh
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Oleh itu, anda digalakkan untuk terus ke doktor terdekat untuk membuat pemeriksaan. Anda juga boleh dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah