
Sulit
3 tahun
Sakit pada belakang dada
Saya wanita dalam 20an saya mengalami rasa sakit pada bahgian belakang dada dan menyebabkan saya merasa sesak nafas, sukar untuk bernafas, saya juga kadang kala terasa dada ditusuk dan sukar untuk menarik nafas tetapi ianya berlaku dalam kurang 1 minit dan kebelakangan ini saya merasa leher saya seakan akan ditekan dan merasakan ada sesuatu di peher seolah olah tercekik makanan… Boleh saya dapatkan pangan daripada doktor mengenai gejala yg ada pada saya ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum dan terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Paru-paru berair (pleural effusion)
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Refluks asid atau GERD
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut dan pemeriksaan perlulah dilakukan untuk mengetahui punca gejala yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.