msyahrul9314
4 tahun
Sakit pd bhgian mata
Sy seorang wanita brusia 24 tahun, akhir2 ni sy sering mngalami mslh sakit pd bebola mata yg akhirnya mnybabkan sakit kpla… sakit pd mata trsebut smkin kuat apabila sy terdedah kpd chaya. Bleh sy tau apa kmungkinan pnybbkn. Sblum ni ada refer tp cuma dpt PCM shja.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
- Migrain atau sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Alahan pada mata conjunctivitis
- Barah mata atau otak
- Jangkitan kuman pada otak
- Glaukoma (tekanan bebola mata yang tinggi)
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan yang diatas yang mendasari keluhan anda. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.