sitirozeha
6 tahun
Sakit perut 2-3 hari terus ke pinggang 2- 3 hari dan turun ke paha dan betis selama seminggu
Doktor, saya berusia 31 tahun dan telah mendirikan rumah tangga selama 5 thn belum mempunyai anak tetapi 4 thn lepas pernah sekali keguguran.Baru-baru ini saya mengalami sakit perut 2-3 hari terus ke pinggang 2- 3 hari dan turun ke paha dan betis selama seminggu.apakah tanda-tanda ini ada kaitan dengan masalah rahim atau penyakit berkaitan wanita.terima kasih harap mendapat maklumbalas.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antara persoalannya adalah:
- Boleh jelaskan di sisi mana sakit perut terjadi? Sebelah kanan atau kiri?
- Bagaimanakah sifat sakit itu? Apakah rasa sakit seakan-akan menjalar dari pinggang ke betis?
- Bagaimana dengan kitaran haid anda selama ini? Apakah regular? Adakah disertai sakit?
- Apakah riwayat sakit sebelumnya? Pernah kah puan kemalangan atau cedera di bahagian belakang?
- Menurut puan, apakah ada aktiviti yang dilakukan sebelum ini yang menyebabkan pinggang sakit? Seperti mengangkat berat ataupun terjatuh.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih






























