
mimijafridin
5 tahun
Sakit perut berpanjangan selepas pembedahan
Hai doc. . Saya umur 20. . Pertama apendiks. . Saya dah operate buang apendiks. . Selang selepas operate sakit perut lagi. . Pergi hospital doc buat pemeriksaan semua doc diagnosis adhesion colic selepas result ct scan. . Tapi sudah buat laparoskopi. . Now sakit perut lagi buat endoskopi OGDS GERD grade A no ulser. . Buat kolonoskopi result normal. . First doc bagi ubat omeprazole tapi tak ok. . Pergi hospital semula doc tukar ubat ke pantoprazole pon sama tak ok. . Last doc bagi esomeprazole untuk 2 bulan. . Saya dah makan untuk sebulan tetap sakit perut. . Dah pergi ke pakar gynecology doc gyne diagnosis PCOS. . Doc tak bekalkan ubat just suruh saya turunkan berat badan. . Saya dah turunkan berat badan sejak sakit tapi masih tidak period dan masih sakit perut. . Jadi persoalannya kenapa masih sakit perut lagi ye doc adakah sakit perut dipanggil panic attacks atau hipokondriasis? ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Mengikut sejarah kesihatan anda, penyakit PCOS ini memerlukan masa yang sedikit lama untuk pulih dan sekiranya tidak membuahkan hasil, maka ubatan atau pembedahan boleh diberikan. Selepas pembedahan juga, perut boleh sakit terutamanya jika sembelit atau kesan dari pembedahan akibat kecederaan sewaktu pembedahan. Akhir sekali, jika kesemua faktor sudah diketepikan, maka faktor psikologi seperti serangan panik ataupun tekanan (depresi).
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.