
Sulit
4 tahun
Sakit perut di sebelah kiri bila duduk lama dan bangun dari pembaringan
salam, saya wanita berusia 25 tahun. Perut saya sebelah kiri kerap terasa tegang, sakit berdenyut dan bertambah sakit bila disentuh. paling terasa bila bangun dari posisi baring. period adalah normal dan pernh menjalani rawatan utk dysmenorrhea. patutkah saya berjumpa doc utk pemeriksaan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit perut boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.