
Sulit
4 tahun
Sakit perut di sekitar pusat semasa haid
Hai doktor. Saya Sheira Berumur 28 tahun dan sudah mempunyai 2 orang anak…saya bersalin secara ceaserian utk kedua anak saya…masalah saya sekarang , selepas saya bersalin anak kedua saya kerap senggugut dan sakit yang teramat sangat sampaikan saya x boleh makan dan berjalan…saya sakit perut di sekitar pusat setiap kali period…sakit perut yang teramat sangat sehingga saya tidak boleh makan minum dan berjalan terpaksa bongkok selama 2 atau 3 hari…perut rasa macam ada angin…darah period pula hari pertama keluar darah hitam…x banyak pom…hari seterus nya baru lah warna merah…tapi x banyak…sebelum ini saya period sampai 7 hari…tapi selepas terjadi perkara ini hanya 3 atau 4 hari sahaja…untuk pengetahuan doktor anak saya yang kedua sekarang berumur 1 tahun 4 bulan…saya risau akan keadaan saya sekarang…taoi saya takut utk buat pemeriksaan…pada pandangan dontor adakah saya mengalami penyakit yang serius…?? Terima kasih doktor utk maklum balas…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit perut di sekitar pusat setiap kali period di mana sakit perut yang teramat sangat sehingga anda tidak boleh makan minum dan berjalan terpaksa bongkok selama 2 atau 3 hari.
Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.