
Sulit
5 tahun
Sakit perut & hilang selera makan
Saya ibu kepada 3 org ank, soalan saya, kebelakangan ini saya kerap sakit di bahagian tengah perut saya seakan memulas yg kira2 5-10saat dan ia reda. Kemudian sakit itu akan dtg kembali selang beberapa minit kemudian hilang. Saya juga hilang selera makan kerana bila saya makan saya akan cepat kenyang walaupun makan dalam kuantiti yg sikit. Harap doktor blh perjelas kan penyakit saya. Tqvm

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik)
- Keracunan makanan
- Alahan makanan
- Radang apendiks
- Masalah ovari seperti ovari terbelit, ovulasi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.