
Sulit
3 tahun
Sakit perut keluar darah
Assalamualaikum … Selamat malam … Saya nak tanya … Saya dah habis period dkt 2 minggu … harini saya kena sakit bawah pusat , bila tekan sakit sngt . lepastu perut saya rasa sengal2 mcm ada cucuk2 jarum gitu … senak … dan saya ada pendarahan selepas tu … darah yang keluar seperti cecair . masa saya kencing dia keluar minitis2 … Boleh saya tahu ni hormon ke.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang gejala sakit perut beserta pendarahan yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit perut seperti yang anda perihalkan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Masalah penghadaman
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor, seperti:
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan