
mohdfairuz191
5 tahun
Sakit perut sebelah kanan bawah tulang rusuk
Sy wanita 30an… 2 3ari ini sy mngalami sakit perut seblah kanan…sprti d tekan2 atau berdenyut2 smpai terasa sakit blkg…kdng2 smpai nak baring sy rasa sesak nafaz.bila duduk sja sya rsa ok skit…pabila waktu pgi sakit itu hilang sy rsa mual2 muntah…siang hari sakit perut sblh kanan itu tak rasa .pabila malm baru sakit.adkh sbb saya makn mknann yg berangin…contoh petai…atau sbb lain…patut kah sy brjump doktor wlpon d wktu siang sakit perut sblh kanan itu hilang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara punca sakit perut bahagian bawah di sebelah kanan ialah :
- Jangkitan di hempedu
- Terdapat batu di hempedu
- Jangkitan di appendiks (Appendicitis)
- Radang pada tulang rawan di rusuk sebelah kanan (Costochondritis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.