Sulit
3 tahun
Sakit perut senak dan kuat kentut sendawa
Hello doctor saya lelaki berumur 18 tahun saya mengalami sakit perut senak dan kuat kentut sendawa bila saya masuk ke tandas saya tidak berak dan saya berak sekali sehari iaitu waktu pagi dan najis nya berwana kuning bentuk seperti sosej tpi lebih pendek dan lembut mudah untuk di keluar kan dia penyakit ni berlaku kalau saya tak makan dalam waktu lama
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan yang disampaikan boleh dikaitkan dengan tanda-tanda gangguan perut yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- Kesan sampingan dari sesetengah ubat-ubatan
Walau bagaimanapun, ia juga boleh menandakan kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- mahupun gangguan pencernaan yang lain
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).