
Sulit
4 tahun
Sakit perut seperti membengkak dan bila tekan lagi sakit bahagian bawah kiri
Hye doktor. Saya kerap sakit dibahagian perut belah bawah kiri sampai saya rasa seperti bengkak dan belah kiri lagi besar dari kanan. Saya tekan lagi sakit perut kiri ni sampai berpeluh saya bila sakit datang. Kadang sakit nya seperti merebak ke seluruh perut. Mohon pencerahan doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan simptom-simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punca yang bermungkinan menyebabkan sakit perut di bahagian kiri. Antaranya adalah:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing - Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.