
Sulit
4 tahun
Sakit perut seperti senak & memulas
Saya lelaki umur 21 tahun mengalami sakit perut seperti senak & memulas. Saya mempunyai tabiat buang air besar pada setiap hari. Adakah saya mengalami sebarang penyakit & apa rawatannnya ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada bahagian abdomen dan berbunyi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang appendiks ( appendicitis )
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Usus tersumbat ( intestinal obstruction )
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih