
Sulit
5 tahun
Sakit perut yang berulang
saya berusia 19 tahun, dalam 2 bulan ni saya sering mengalami sakit perut yg berulang…sakit yg teramat seperti dicucuk… apabila saya pergi ke hospital, doktor cuma berikan saya suntikan…selepas di suntik saya merasa lega namun selang berapa hari akan terasa sakit semula… saya juga sering merasa mudah penat, tgn dan kaki sejuk…jantung berdegup dgn laju… bulan lepas saya warded akibat daripada muntah darah… dua kali saya muntah yg mengeluarkan darah… akibat daripada sakit perut yg teramat… doktor hanya menjalankan pemeriksaan xray namun tiada apa yg serius, keputusan darah saya juga tiada apa yg serius… sehingga kini doktor hanya memberi saya tramadol sebagai ubat tahan sakit sekiranya saya merasakan kesakitan itu lagi. mohon nasihat dari doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Hal ini kerana bahagian perut terbahagi kepada sembilan. Anda mungkin boleh menceritakan dengan lebih jelas lokasi sakit perut anda, sifat sakit perut, kekangan yang berlaku, frekuensi muntah, diet dan sebagainya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.