
Sulit
3 tahun
Sakit Pinggang Apabila Duduk
Saya sakit pinggang bila duduk. Rasa dia belah peha dengan atas bahagian punggung, kenapa ye sudah 2 minggu tak elok lagi? Adakh slip disc? Saya bekerja sebagai Assistant Office

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan pinggang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam badan
Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- gangguan muskoloskeletal (i.e. muscle sprained)
- gangguan saraf (i.e. HNP)
- gangguan endokrin / metabolik
- penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Buat sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu rasa sakit
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri berada pada posisi yang betul (ergonomik) apabila berkerja, duduk, baring & tidur
Anda dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:
- gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat
- kaki atau pinggang membengkak, kemerahan atau tanda-tanda inflamasi yang lain
- perubahan / masalah kencing atau buang air besar
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.