
anramina
6 tahun
Sakit pinggang belakang ketika berdiri lama
Salam dan Salam sejahtera, doktor saya ingin bertanyakan rasa sakit belakang bila berdiri lama dan dalam ketika berjalan atau ketika mendukung anak rasa berdeyut mcm mengembang dan rsa ngilu bila hendak duduk balik… tapi lepas tu akan rsa lega… bila dah lama duduk. Adakah masalah kekurang kalsium atau Masalah2 lain… jika saya bersukan aktif dia tidak akan rasa sakit itu…

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih