
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang dan kaki menjadi kebas apabila duduk lama
Salam doktor.saya wanita awal 30-an. Saya rasa sakit pinggang sebelum mengandung anak kedua. Semasa mengandung,sakit pinggang tersebut makin teruk sehingga apabila saya baring,saya memerlukan pertolongan seseorang untuk menolak badan saya untuk mengalih posisi badan.
Selepas bersalin,sakit pinggang tersebut masih ada. Cuma sekarang apabila sakit pinggang menyerang,ada ketika kaki saya menjadi kebas. Saya juga tidak boleh duduk untuk jangka masa yang lama.
Terima kasih atas penerangan doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang dan kebas pada kaki. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas anggota badan boleh disebabkan:
- Kurang vitamin atau nutrien seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit saraf - seperti Multiple sclerosis
- Strok
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi - risiko penyebab seperti darah tinggi dan kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan!