
Anonymous
4 tahun
Sakit pinggang kiri sebelah bawah
sy berumur 29tahun,mempunyai anak seorang lelaki berusia 1tahun7bulan.,selepas bersalin sy mengalami pelbagai kesan bersalin contohnya sakit belakang,tak boleh membongkok terlalu lama,.kekadang sy mengiring ke kanan bahagian perut sy disebelah kiri terasa sakit…
Doktor,adakah ini simptom selepas bersalin…
sekian terima kasih…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara punca sakit pinggang adalah
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!