Sulit
2 tahun
Sakit pinggang selepas bersalin
Saya wanita berusia 33 tahun…sakit pinggang sejak setahun yang lalu…hilang sakit apabila saya makan ubat tahan sakit.selepas itu sakit kembali… untuk pengetahuan Doktor saya sudah bersalin secara pembedahan sebanyak 3 kali,pada tahun 2014,2016 & 2017.Dan masa tu saya masih berkerja dan duduk terlalu lama dan juga kurang rehat…Adakah sakit pinggang saya ini disebabkan saya masalah2 ini? Saya harap doktor dapat membantu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sakit pinggang selepas bersalin boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan epidural
- Postur badan yang tidak betul ketika bersalin
- Slipped disc
- Faktor lain seperti berat badan berlebihan, posisi sewaktu bekerja atau mengendalikan aktiviti, ketegangan otot dan sebagainya
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda. Terima kasih