syiepahfyza1
6 tahun
Sakit puggung hingga peha
Saya wanita berusia 31 tahun, sudah berkahwin dan tiada anak… Masalah saya sekitar punggong belah kiri sakit sehingga ke peha hanya sebelah kiri… Saya ada buat rawatan bekam dan ia pulih… Tapi bila saya ddok atau baring di lantai sakit tu datang balik dan sukar utk saya bongkokkan badan serta bangun sakit sangat… Adakah punca angin? Bagaimana saya nak hilangkan sakit itu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bawah punggung yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Slipped disc
- Spondyloliesthesis
- Spondylitis sejenis masalah sendi tulang belakang
- Muscle strain tulang belakang
Seandainya gejala ini telah berlangsung sehingga menganggu pergerakan dan rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Sebetulnya masalah tulang dan otot adalah masalah yang sukar dinilai dari mata kasar. Justeru, adalah dianjurkan untuk bertemu doktor pakar tulang (Ortopedik) agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut seperti scan, X-ray dan lain-lain.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























