
Sulit
4 tahun
Sakit seakan senggugut
Saya sering mengalami sakit seakan senggugut, namun tiada darah haid yang keluar. Malah, lendir seakan keputihan agak banyak, dan sangat kerap. Saya juga mengalami keguguran rambut yang semakin banyak bermula awal August. Untuk pengetahuan, saya baru sahaja bersalin pada tanggal 4 mei 2019, & beberapa minggu selepas saya habis darah nifas, saya datang period. Tapi hanya sebulan, iaitu bulan Julai. Start August saya sudah tidak datang period. Melalui pembacaan saya , adalah normal tidak datang period bagi ibu yang fully-breastfeed anak2. Apakah masalah kesihatan yang sedang saya alami sebenarnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sakit yang anda alami beserta haid yang tidak datang boleh disebabkan:
- Kesan perubahan hormon ketika penyusuan
- Sindrom Polisistik Ovari - juga boleh menyebabkan keguguran rambut
- Anemia (kurang sel darah merah) - juga boleh menyebabkan keguguran rambut
- Kurang nutrisi seperti zat besi - juga boleh menyebabkan keguguran rambut
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.