
mohdkhairy525i
5 tahun
Sakit selepas cryotherapy
Saya baru sahaja membuat rawatan cryotherapy untuk membuang ketuat di bahagian dubur. Selepas rawatan rasa sakit dan pedih yg teruk dibahagian tersebut. Saya ambil painkiller untuk kurangkan sakit… Tapi kurang berkesan. Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit setelah cryotherapy boleh berlangsung sehingga 3 hari. Sementara itu, luka terapi pula mengambil masa sehingga 14 hari untuk sembuh.
Antara yang boleh dilakukan bagi membantu mengurangkan kesakitan adalah:
- memakai pakaian dalam yang longgar dan menyerap peluh
- elak aktiviti yang boleh menggesel tempat luka
- menggunakan ubat krim sapu bagi mengurangkan sakit
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.