
Sulit
3 tahun
Sakit si bahagian tengah dada
Salam doktor, sy lelaki umur 27 tahun. Dalam beberapa hari ni, sy rasa sakit di tengah2 dada apabila bangun tidur. Pada waktu biasa dada sy terasa macam penuh dan saya juga kedap sendawa dan buang angin…kadang2 rasa sakit Badan dan terasa letih dan juga rasa sakit kepala ringan. Kadang2 juga kepala terasa pening dengan tiba2. Adakah sy mempunyai masalah jantung? Sy seorang yg aktif sukan

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah sakit dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.