Sulit
3 tahun
Sakit tangan dan lengan kiri
Saya wanita berusia 30 tahun dan mempunyai 2 orang anak.Sejak sebulan yang lalu,saya mengalami sakit tapak tangan dan pergelangan tangan kiri yang on off.Sakit itu turut terasa di lengan atas siku dan tepi bahu kiri.Kadang2 tulang dada atas kiri dan tulang belakang juga terasa sakit.Adakah saya mengalami masalah saraf?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk pihak saya menentukan punca bagi masalah anda kerana maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi. Terdapat banyak kemungkinan bagi masalah anda. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah saraf disebabkan oleh diabetes, Carpal Tunnel Syndrome
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.