
Sulit
4 tahun
Sakit tekak berkait dengan pernafasan
Saya mengalami sakit tekak. Adakah masalah sakit tekak ini akan memberi kesan pada pernafasan saya? Contohnya sukar untuk bernafas. Saya tidak demam, selsema dan batuk. Cuma sakit tekak dan mahu tahu adakah memberi kesan pd pernafasan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil atau tekak (tonsilitis atau laryngopharyngitis)
- Jangkitan telinga (otitis media)
- Jangkitan paru-paru
- Kecederaan pada lapisan luaran tekak
- Bendasing di dalam saluran pernafasan (foreign body)
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Kebiasaannya masalah tekak akan datang bersama dengan masalah pernafasan. Namun begitu, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar dan diagnosis berdasarkan gejala yang dialami oleh anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.