
Sulit
4 tahun
Sakit tekak, rasa sedikit sakit menelan air liur. Kadang kala hidung sayang agak kering dan tersumbat
Saya sakit tekak selama lebih 2 minggu, sakit yang tidak teruk tapi berlanjutan. saya sudah berjumpa dgn doktor sebanyak dua kali, kali pertama katanya mungkin kerana asid gas dari perut kerana saya disyaki gastrik. Kali kedua katanya berkemungkinan kerana virus dan telah memberi ubat kumur namun sakitnya masih ada lagi. Apa harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda dengan masalah sakit tekak yang berlaku lebih dari 2 minggu. Walaupun anda berjumpa dengan doktor anda sebanyak 2 kali, kemungkinan ubat yang diberi tidak berkesan dan siasatan lanjut perlu dilakukan lebih lanjut mengenai masalah anda agar doktor dapat memberi rawatan yang lebih sesuai. Informasi yang anda beri tidak cukup mengenai masalah anda seperti simptom-simpton lain seperti demam, berpeluh malam, benjolan ataupun batuk dan rasa loya.
Sakit tekak boleh disebabkan oleh beberapa kondisi:
- Jangkitan kuman Gonococcal
- Alahan pada ruang tekak
- Jangkitan Streptococcal (Strep Throat)
- Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus (Infective mononucleosis)
- Penyakit keradangan faring (Pharyngitis)
Terdapat kemungkinan yang tekak anda mengalami jangkitan kuman Streptococcal yang kurang berkesan dengan ubat yang diberi oleh doktor anda sebelum ini. Oleh itu, kami sarankan untuk berjumpa kembali dengan doktor anda, dan menerima nasihat lebih lanjut serta meneruskan pengambilan ubat yang ditetapkan.
Anda boleh mencuba rawatan dari rumah seperti:
- Minum air suam bercampur madu dan limau.
- Banyakkan minum air
- Kurangkan makanan diproses
- Kurang stress jika anda stress.
- Pastikan persekitaran anda bersih.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.