cikecahcun
4 tahun
Sakit telinga (anak 4 tahun)
anak sy berumur 4 tahun… tiba² dia menangis mengatakan kedua² telinganya sakit…apa harus sy buat sementara menunggu klinik buka pd pg esoknya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit telinga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Benda asing contohnya mainan menyumbat saluran telinga
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Masalah struktur sekitar telinga iaitu:
- Jangkitan pada tekak
- Tonsil bengkak
- Jangkitan pada tulang mastoid
- Barah pada saraf yang menhubung otak dan telinga (Acoustic neuroma)
Memandangkan gejala ini tbaru sahaja terjadi, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.