wangprima
4 tahun
Sakit telinga dan puncanya
Saya mengalami sakit telinga, selepas bagun saya terasa ada sakit dalam telinga saya, dan sebelum ini saya memang mengalami telinga berdengung dan doktor telah mengsyorkan saya makan vit. B12
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab sakit telinga
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Benda asing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Masalah struktur sekitar telinga iaitu:
- Jangkitan pada tekak
- Tonsil bengkak
- Jangkitan pada tulang mastoid
- Barah pada saraf yang menhubung otak dan telinga (Acoustic neuroma)
Namun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.