Sulit
2 tahun
Sakit telinga di bahagian telinga kanan hingga rasa sakit di bahagian rahang
saya wanita berusia 20 tahun dan saya sedang mngalami sakit telinga kanan yg sangat sakit . hari demi hari , sakit itu meleret hingga rahang mulut bhgian kanan , dan kadangkala sakit d bahagian kepala kanan dengan berdenyut seperti sedang dicucuk2 . telinga kanan saya juga mengeluarkan cauran berwarna kuning setiap hari , dan mengalami kesakitan seperti ada sesuatu yg sedang mencucuk di bahagian dlam telinga saya . masalah apa ini doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini. Saya juga tidak boleh memberi apa apa rekomendasi ubatan kerana punca sebenar perlu diketahui.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman di telinga
- trauma lubang telinga
- inflamasi lubang telinga
- foreign body atau cerumen obstruction
- dan lain-lain
Maka kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali agar rawatan susulan dapat di berikan. Namun buat sementara waktu, saya sarankan anda untuk:
- berhati-hati ketika mandi agar air tidak termasuk kedalam lubang telinga
- jangan cuba mengorek, menekan atau meletakkan sesuatu kedalam lubang telinga
- jangan cuba membeli mana-mana ubat tetesan atau pil tanpa pengetahuan doktor
- makan ubat demam sekiranya demam kembali
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.