Sulit
3 tahun
Sakit telinga kanan , resdung dan rahang kanan sakit
hi selamat sejahtera, saya Hafiz berumur 16 tahun. saya ada masalah resdung, bila saya tunduk kan kepala saya muka akan rasa sakit & berat. dalam masa resdung tu, saya juga ada sakit telinga sekiranya pakai earphone, tapi kalau tk pakai tk rasa sakit. telinga kadang2 banyak keluar cairan kuning. mulut saya juga tak boleh dibuka kerana rahang kanan saya sakit. boleh buka sikit je, nak buka full rasa sakit sangat. soalan sy doc, adakah ini penyakit yg berkaitan sbb resdung sy dah kronik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sinusitis- selalunya disertai sakit kepala
- Allergic rhinitis
- Jangkitan telinga
- Jangkitan influenza atau selesema
- Ketumbuhan polip dalam hidung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar ENT( telinga, mata dan hidung) untuk memberikan diagnosis yang lebih tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.